Dasar Privasi

Dikemas kini: 2026-10-22

Halaman ini menerangkan data yang RRR simpan tentang kau dan kenapa.

Data yang kami simpan

  • Akaun: email, nama paparan, username dan kata laluan (disimpan dalam bentuk hash oleh penyedia log masuk).
  • Profil: bio, lokasi (hanya dipaparkan kepada orang lain jika kau pilih), gambar profil dan video DP.
  • Kandungan: post suara, gambar, video dan teks, serta rakaman Sumpah Pecokokok.
  • Aktiviti: siapa kau follow, siapa kau blok, laporan yang kau hantar, dan notifikasi.
  • Peranti: token notifikasi push jika kau benarkan.
  • Bayaran: RRR tidak memproses sebarang bayaran buat masa ini, dan tidak menyimpan data kad.

Siapa nampak data kau

  • Nama, username, bio, gambar profil dan post kau boleh dilihat oleh pengguna lain.
  • Email dan kata laluan tidak dipaparkan kepada pengguna lain.
  • Pentadbir RRR boleh melihat laporan dan kandungan yang dilaporkan untuk tujuan moderasi.

Kenapa kami guna data ini

Untuk menjalankan akaun kau, memaparkan post, menghantar notifikasi, dan menyemak laporan penyalahgunaan. Kami tidak menjual data kau. RRR bukan untuk pengguna di bawah 16 tahun. Kami tidak sengaja mengumpul data mereka dan akan memadamkan akaun yang kami dapati milik mereka.

Pihak ketiga

  • Supabase (melalui Lovable Cloud): pangkalan data, storan fail dan log masuk.

Simpanan dan pemadaman

Data kau disimpan selagi akaun aktif. Kau boleh padam akaun dalam Tetapan; semua post, profil dan fail kau akan dibuang. Rekod bayaran lama (jika ada) kekal tanpa nama untuk tujuan perakaunan. Lihat halaman Padam Akaun untuk butiran.

Alamat sokongan belum diumumkan. Guna butang Report dalam app buat masa ini.